Wednesday, July 8, 2009

"Best I Ever Had"

"Best I Ever Had (Grey Sky Morning)"- Vertical Horizon

So you sailed away
Into a grey sky morning
Now I'm here to stay
Love can be so boring

Nothing's quite the same now
I just say your name now

[Chorus]
But it's not so bad
You're only the best I ever had
You don't want me back
You're just the best I ever had

So you stole my world
Now I'm just a phony
Remembering the girl
Leaves me down and lonely

Send it in a letter
Make yourself feel better

[Chorus]
But it's not so bad
You're only the best I ever had
You don't need me back
You're just the best I ever had

And it may take some time to
Patch me up inside
But I can't take it so I
Run away and hide
And I may find in time that
You were always right
You're always right

So you sailed away
Into a grey sky morning
Now I'm here to stay
Love can be so boring

What was it you wanted
Could it be I'm haunted

[Chorus]
But it's not so bad
You're only the best I ever had
I don't want you back
You're just the best I ever had
The best I ever had
The best I ever

p.s: it's not so bad.. you're just the BEST i ever had..

p.s.s: Some lyrics are just not COMPLETE, ACCURATE, ABSOLUTE and TRUE when being read or listened to, without the music..

Friday, July 3, 2009

When I'm supposed to be sleeping

Mata ni selalu macam ni. Waktu patut tidur, tak boleh tidur.
Waktu tak patut tidur, nak tidur sangat sampai tak tertahan-tahan. :p

Baiklah, melayankan mata ni, di sini disertakan beberapa reaksi kepada isu-isu berikut:


Isu 1: "Sehari bersama D.S Nizar"

Sisipan dari entry di blog ini

"BUKIT GANTANG, 1 Julai (Hrkh) - Melawat kawasan dan meninjau sendiri masalah rakyat adalah acara rutin Ahli Parlimen Bukit Gantang, Dato' Seri Ir Mohamad Nizar Jamaluddin ketika melawat kawasannya.

Pada 26 Jun lalu beliau mengadakan lawatan, seperti biasa pada hari Jumaat itu, Dato' seri memulakan acaranya lawatannya dengan singgah di Masjid Matang Road dan turut memberikan sedikit tazkirah serta menjadi imam solat jumaat.

Selepas menghadiri jamuan tengah hari di rumah Ketua MTD Kuala Sepetang Haji Zahari Osman, Dato' Seri menuju ke Pulau Sangga, sebuah pulau yang tidak jauh dari Kuala Sepetang.Penduduk yang tinggal di sini tidak ramai cuma 50 keluarga sahaja. Terdapat lebih kurang 300 nelayan di sini.

Keadaan Pulau Sangga jauh terpencil amat daif walaupun 50 tahun merdeka tetapi keadaan yang sama sahaja......"

(To read further, please click this link)

Reaksi:
* Please note the line in red and in bold. Haa..pemimpin macam ni la yang aku suka.


--------------------------------------------------------------------------------------------------

Isu 2: "Syor tubuh k'jaan perpaduan BN-DAP-PKR di Kedah"

Sisipan dari Malaysiakini.

"Selepas cadangan kerajaan perpaduan PAS-Umno tidak menjadi kenyataan, kini Gerakan pula mengajak DAP dan PKR bekerjasama dengan BN untuk menubuhkan kerajaan perpaduan baru di Kedah.

Ketua Pemuda Gerakan Kedah, Tan Keng Liang berkata, ia bagi mempertahankan kepentingan semua rakyat Malaysia di Kedah.

"Dan membantu pembangunan negeri Kedah, berdasarkan polisi-polisi yang lebih konstruktif, dinamik dan progresif," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau menegaskan demikian sebagai mengulas keputusan DAP Kedah untuk meninggalkan kerajaan Pakatan Rakyat di negeri itu.

Katanya, keputusan DAP Kedah itu tidak akan membawa apa-apa perubahan kepada kerajaan PAS Kedah, kecuali ia bersedia bekerjasama dengan BN untuk membentuk kerajaan perpaduan.

"Selepas lebih daripada satu tahun, rakyat Kedah telah melihat polisi-polisi yang melampau yang telah dilaksanakan oleh kerajaan negeri PAS yang tidak menguntungkan rakyat Kedah tetapi hanya melembabkan pembangunan negeri Kedah," katanya.

Di samping itu, katanya, juga penting bagi PKR Kedah membuat pertimbangan yang sewajarnya untuk membentuk kerajaan perpaduan BN-PKR-DAP di Kedah"

(To read further, please click here)

Reaksi:
* Adoiiii.... Pulak.... Tak habis lagi.. Haii macam-macam.. Kelakar pun ada jugak kadang... Hmm..apa-apa jelah... Rasanya, lebih baik kot, buat masa ni, tumpukan kat isu yang lebih penting seperti isu di bawah ni:


----------------------------------------------------------------------------------------------------

Isu 3: "48 kes - wabak H1N1 terus menular"

Sisipan dari Malaysiakini.

"Jangkitan wabak selesema A (H1N1) terus menular dengan cepat apabila negara merekodkan 48 kes baru hari ini, termasuk lapan kes tempatan, menjadikan jumlah semuanya 244 kes.

Dua daripada kes tempatan itu - yang semuanya melibatkan rakyat tempatan - tidak dapat dikenal pasti punca jangkitan dan "masih dalam siasatan."

Semalam Malaysia mencatatkan 38 kes - rekod tertinggi peningkatan dalam masa sehari sejak kes pertama, 15 Mei lalu.

Daripada jumlah keseluruhan, 38 kes melibatkan jangkitan tempatan sejak ia dikesan kali pertama 17 Jun lalu.

Kes jangkitan tempatan terbaru termasuklah lima orang pelajar Sekolah Menengah Tsun Jin, Cheras, sementara satu kes lagi akibat terdedah kepada kes ke-213, seorang pramugari Malaysia yang tiba dari Sydney 27 Jun lalu."

(To read further, you may click here)

Reaksi:
* 244 kes tuh! 48 kes dalam sehari saja! And the government still urges us to be calm!? Calm!!? What the heck! Come on lah.. I think the government should do something more efficient than just giving flyers about A H1N1 (yes, I used the more accurate 'AH1N1' term rather than the too old-and-not-really-accurate term 'selsema babi'!) to people and giving 8 or was it 10 instructions on how to jaga kebersihan diri, how to self-quarantine and what not. Tuh..gi buat saringan kat KLIA nuh.. atau kat semua airpprt yang ada kat Malaysia nih. Sebab ada reports (dan juga yang aku ketahui secara terus dari individu-individu tertentu) yang kat KLIA tu tak dibuat pun saringan suhu badan yang ditunjuk kat dalam berita selalu tu. Oh tapi ini pun dah terlambat pun sebenarnya nak buat saringan. Penularan A H1N1 dah ada kes jangkitan tempatan...

Entah lah. Jangan sampai dah ada kes serius yang membawa kematian, baru nak 'melatah'. Tapi kan.... bukan macam tu ke selalu? (Hmm..silalah cari jawapan sendiri. Sekian, terima kasih.)

-----------------------------------------------------------------------------------------------------

p.s: Errmm..dear eyes, please stop typing and surfing the net. And go to sleep. :p




*^-^* Of Cats and Kucing *^-^*

↑ Grab this Headline Animator



Wednesday, July 1, 2009

Michael Jackson's songs

Yes, Michael Jackson is gone forever.
I was not so shocked of the news. Probably because MJ had reached 50.
(Not like Heath Ledger who died at the age of 28! Oh how I still feel sad of the news)

Unlike some people who willingly put aside all "the things" that MJ did, might have done or has been accused of doing (towards the kids and all) , I on the other hand believe that if he really did all "those things" he should still be responsible of them. But now it's not our job to judge him. It's God's. But hopefully, the truth of 'those stories' are not as bad as what we heard of them. For celeb news can sometimes be very very twisted.

And yes, then comes the news about MJ had converted to Islam. That's the news that I've been hoping as being true. Because if it is, then we could learn a lot from it. We could learn that Allah will give His hidayah to anybody He wants to and to anybody who really wants to embrace Islam. We could learn that Islam has the solutions to all the problems that we are facing and it brings peace to one's heart. Perhaps, it brought peace to MJ. We could learn that, despite his ups and downs, at least MJ died as a Muslim. BUT. BUT that is, IF he really did convert to Islam. The truth is still not that very clear and confirmed.

One thing for sure about MJ is he was a great performer. With his unique voice, dance moves, video clips and all. I am not a die hard fan of MJ. But I would say that I love some of his popular songs due to the lyrics and meaningful messages that they carry. (And I have always been a fan of music that talks about motivations, peace, save mother nature and other different kinds of themes rather than the typical and cliche "I-love-u-but-u-dont-love-me-and-we-cant-be-together" kind of songs)

So here, in this entry, I'm putting up all of MJ's songs or videos which I deem as very meaningful and beautiful. Trust me, we all could learn a lot of good values from these MJ's songs and they make us think critically of the world that we are living in.



























p.s: The last song 'You are not alone' is one of my personal favourite songs. Reminds me of something. some individuals. some occassions. oh never mind.

p.s.s: hmm..macam ada potensi je salah satu drpd lagu ni akan digunakan sebagai material dalam kelas mengajar yang akan datang..hmmm...ye..ye..it can be considered...


*^-^* Of Cats and Kucing *^-^*

↑ Grab this Headline Animator



Friday, June 26, 2009

Hikayat Makhluk Langit dan Makhluk Bumi

Saya ada banyaaaakk kerja. Saya patut buat kerja saya yang baaaaanyak itu.
Tapi, saya geram. Baik saya lepas geram dulu. Saya geram selepas membaca kisah "Hikayat Makhluk Langit dan Makhluk Bumi" yang diceritakan dalam lebih kurang baru 22 BAB kesemuanya setakat ini. Berikut, saya sertakan ringkasan-ringkasan intipati penting hikayat ini dan diikuti komentar melepas geram saya terhadap kisah ini.

-----------------------------------------------------------------------------------------------

BAB 1

Al-kisah tersebutlah kisah tentang dua jenis makhluk; Makhluk Langit yang memang sejak azalinya tinggal di Langit serta Makhluk Bumi yang sejak azalinya menetap di Bumi.

Makhluk Langit dan Makhluk Bumi adalah dua jenis makhluk yang sangat berbeza walaupun kedua-dua jenis makhluk ini adalah makhluk berketurunan sama, iaitu Kaum Darah Nusan serta mereka memiliki Kepercayaan yang sama iaitu Kepercayaan Agama Syumul. Mereka selalu berlainan pendapat terutama sekali dalam hal-hal kehidupan.

Melalui tatacara kehidupan, pandangan, pegangan dan prinsip-prinsip yang diamalkan serta ditonjolkan oleh Makhluk Langit, dapatlah disimpulkan bahawa, Makhluk-makhluk Langit mengamalkan Kepercayaan separa Agama Syumul. Tidak semua ajaran Agama Syumul yang diikuti oleh mereka. Malahan, perkara-perkara asas agama Syumul pun, tidak begitu diambil berat oleh Makhluk-makhluk Langit. Contohnya, Makhluk-makhluk Langit menolak aplikasi Hukum Utama Kitab Mubarak, sebuah kitab Utama Agama Syumul. Selain itu, Makhluk Langit juga sering mengamalkan perbuatan menabur banyak Duit-duit Emas dari Langit sedangkan perbuatan itu adalah Dosa Gadang di sisi Agama Syumul.

Berlainan dengan Makhluk Bumi. Melalui tatacara kehidupan, pandangan, prinsip dan perjuangan yang diamalkan serta ditonjolkan oleh Makhluk Bumi, mereka dilihat sebagai makhluk yang berpegang erat, percaya dengan kuat serta mencuba sedaya upaya mengamalkan Kepercayaan sepenuhnya terhadap Agama Syumul. Kepercayaan mereka tidak berbelah bahagi. Bagi mereka, walaupun Hukum Utama Kitab Mubarak sering dituduh kuno, mereka percaya bahawa aplikasi Hukum Utama itulah yang akan menyelamatkan setiap makhluk sama ada dari Langit, Bumi mahupun dari kawasan lain. Mereka juga tahu, jika terlaksananya Hukum Utama, setiap jenis makhluk akan diberkati oleh Pencipta Sekian Makhluk yakni Al-Hakam. Tetapi, jika Hukum Utama disingkirkan, hidup makhluk-makhluk tidak akan diberkati Al-Hakam. Selain itu, Makhluk Bumi juga tidak suka mengamalkan perbuatan menabur Duit-duit Emas kerana ia keji dan Dosa Gadang di sisi Agama Syumul.

Ini adalah perbezaan utama mereka.

Selain itu, memandangkan Makhluk Langit ini duduk di Langit dan posisi mereka adalah sentiasa berada di tempat yang atas, mereka sering merasa diri mereka lebih tinggi dan lebih penting dari Makhluk Bumi. Mereka juga didapati kadang-kadang sengaja menindas dan memperkecilkan Makhluk-makhluk Bumi. Sudahlah mereka ini memperkecilkan-kecilkan kemampuan Hukum Utama Kitab Mubarak untuk di amalkan dalam kehidupan, mereka sering pula mengambil kesempatan ke atas Makhluk-makhluk Bumi, sedangkan bukan mereka tidak tahu bahawa Makhluk-makhluk Bumi ini juga berketurunan Kaum Darah Nusan, yang sama dengan mereka.

Makhluk Bumi sering teraniaya dan mereka sentiasa bersabar dengan sikap Makhluk Langit.


BAB 20

.......................... Setelah beberapa lama, wujud satu jenis lagi Makhluk iaitu Makhluk Angin yang tinggal diantara Langit dan Bumi. Setelah melalui pelbagai liku, perjalanan dan evolusi, Makhluk Angin dilihat lebih cenderong berbaik-baik dengan dengan Makhluk Bumi kerana kedua-duanya seiring dalam perjuangan Keamanan Sejagat, walaupun Makhluk Angin berpegang kepada Kepercayaan bernama Agama Semit dan mereka berketurunan yang digelar Kaum Darah Nonusan. Makhluk Angin tidak mampu berbaik-baik dengan Makhluk Langit kerana Makhluk Langit kadang-kadang hipokrit dalam kehidupan.......................................


BAB 21

.......................... Suatu hari, Tetuan Besar Makhluk Bumi, iaitu salah satu Orang-Orang Besar Bumi merasakan tiada gunanya mereka saling bertelagah dengan Makhluk Langit, sedangkan kedua-dua jenis makhluk ini memiliki kepercayaan Agama Syumul.Tetuan Besar Makhluk Bumi mencadangkan bahawa Makhluk Bumi dan Makhluk Langit bersatu dengan beberapa syarat, antaranya Makhluk Langit turun dari Langit dan bersama-sama berpijak di Bumi dan Makhluk Angin diterima juga dalam penyatuan ini.

Namun begitu, cadangan penyatuan itu tidak berapa dipersetujui oleh beberapa Orang-Orang Besar Makhluk Bumi sendiri. Ini kerana, Orang-Orang Besar ini berpendapat, Makhluk Langit tidak mungkin akan merendahkan ego untuk berpijak di Bumi kerana mereka sudah sangat suka, selesa dan berkuasa tinggal di Langit. Perlukah Makhluk Bumi bersatu dengan Makhluk Langit yang sering banyak helah, suka menindas Makhluk Bumi, tidak mahu (atau menidakkan) aplikasi Hukum Utama dan sangat suka menabur Duit-duit Emas dari Langit? Orang-Orang Besar ini berpendapat, lebih baik mereka teruskan saja berbaik-baik dengan Makhluk Angin, yang walaupun bukan dari Kepercayaan yang sama dan bukan dari keturunan yang sama, tetapi mereka sama-sama seiring dalam mencari Keamanan Sejagat secara amnya. Malah, melalui kajian mereka, Agama Syumul tidak menghalang berbaik-baik dengan pengikut selain Agama Syumul, seperti Agama Semit selagi Agama Syumul dibela dan tiada penindasan berlaku. Agama Syumul juga tidak pernah menyuruh pengikutnya menjadi racist dengan hanya membela atau menyebelahi satu jenis kaum sahaja. Mendengarkan pendapat-pendapat ini, Tetuan Besar Makhluk Bumi menyimpan dulu hasrat penyatuan itu......................................


BAB 22

Apabila niat penyatuan Langit dan Bumi disimpan dahulu atau ditarik semula, ada di kalangan Makhluk Langit yang melontarkan pelbagai kata-kata kurang enak kepada Makhluk Bumi. Makhluk Langit mengatakan yang Makhluk Bumi tidak mengutamakan saranan penting Agama Syumul supaya kesemua pengikut-pengikutnya haruslah bersatu. Ada Makhluk Langit yang berkata, Makhluk Bumi harus mengenepikan perbezaan yang ada, dendam mahupun emosi berlebihan yang timbul di antara mereka dan mengutamakan penyatuan mereka. Ini juga adalah supaya Kaum Darah Nusan bersatu dan tidak ditindas oleh Kaum selain Darah Nusan.....................

Biar apa pun kata-kata yang dilemparkan kepada Makhluk Bumi, mereka tetap dengan pendirian yang ajaran Agama Syumul tetap perlu diutamakan terlebih dahulu sebelum menjunjung tinggi perkara lain seperti persamaan keturunan Kaum Darah Nusan dan kepentingan-kepentingan duniawi yang lain.


--------------------------------------------------------------------------------------------------


Komentar saya yang mahu lepas geram:

- Saya menyokong Makhluk Bumi kerana Makhluk Bumi cuba sedaya upaya menegakkan ajaran Agama Syumul, terutama sekali Hukum Utama Kitab Mubarak. Tiada yang lebih mulia dari itu.

- Saya tidak menyokong Makhluk Langit kerana awal-awal lagi mereka ini hanya mengaku berpegang kepada Kepercayaan Agama Syumul, tapi ada ajaran Agama Syumul yang paling asas pun mereka tidak amalkan. Bagi saya, mereka ini seolah-olah hipokrit! Mereka mengaku tapi tak mahu mengamalkan kerana seolah tidak mahu meninggalkan tabiat-tabiat kegemaran mereka yang bertentangan dengan ajaran Agama Syumul, contoh menabur Duit-duit Emas dari Langit, sedangkan itu adalah Dosa Gadang!

- Setelah cadangan penyatuan ditarik semula, barulah Makhluk Langit terhegeh-hegeh mengatakan Makhluk Bumi tidak mengamalkan saranan utama Agama Syumul agar pengikut-pengikutnya bersatu. Ahhh!! Padahal ada banyak lagi saranan-saranan penting dan asas Agama Syumul yang telah ditolak, diketepikan dan tak dihindarkan oleh Makhluk Langit sendiri sejak awal kisah hikayat ini lagi!

- Dan setelah cadangan penyatuan ditarik semula juga, Makhluk Langit mengatakan yang Makhluk Bumi tidak mementingkan penyatuan Kaum Darah Nusan. Huhhh! Sedangkan dalam bab-bab yang tidak diungkapkan di sini, Makhluk Langit lah yang sering menindas Makhluk Bumi, makhluk dari satu darah kaum mereka sendiri!

- Dan lagi, memang benar pun, jika berlakunya penyatuan Makhluk Langit dan Makhluk Bumi, adakah Makhluk Langit sanggup mengikut segala syarat-syarat yang ditetapkan oleh Makhluk Bumi? Mahukah Makhluk Langit turun ke Bumi dan menghentikan tabiat menabur Duit-duit Emas!? Saya sangat-sangat ragui. Kalau terjadinya penyatuan, perbuatan keji Makhluk Langit ini hanya akan mencemarkan saja tujuan penyatuan itu nanti.

- Saya hargai pendapat Tetuan Besar Makhluk Bumi yang saya dapat rasakan ikhlas untuk menyatukan semua makhluk di bawah satu penyatuan, mahu mengurangkan perbezaan dan pertelingkahan serta mahu membuktikan Agama Syumul adalah kepercayaan yang sempurna untuk semua tidak kira apa jenis makhluk mahupun kaum. Berdasarkan kisah-kisah tentang Tetuan Besar Makhluk Bumi dalam bab-bab yang lain yang tidak ditulis di sini, saya dapat tahu bahawa beliau tidak mungkin mencadangkan cadangan penyatuan ini sebelum berfikir panjang dan memohon ilham dari Pencipta Al-Hakam. Mungkin ada hikmah di sebalik semua ini. Mungkin, niat beliau mulia. Tetapi, mungkin juga pendapat Orang-orang Besar Makhluk Bumi yang lain ada juga kebenarannya; Makhluk Langit agak sukar untuk di"lembutkan" hati dan pemikiran mereka!

-----------------------------------------------------------------------------------------------------

Sekian. Saya sekarang boleh menyambung membuat kerja dengan lebih tenang kerana sudah lepaskan geram.

P/S: Kisah ini masih belum tamat. Masih panjang lagi perjalanan kisah "Hikayat Makhluk Langit dan Makhluk Bumi".



*^-^* Of Cats and Kucing *^-^*

↑ Grab this Headline Animator



Wednesday, June 24, 2009

Help is needed

"Sape ade cat carrier or bakul or tempat yg selalu org letak kucing kalo pergi vet tu...yg boleh dipinjamkan kpd saye hujung minggu ni atau awl minggu dpn? please..please... sy ade misi meng'kasi' 2 ekor kucing ni...jadi perlukan bakul tu utk bwk diorg ke vet...sy perlukan bantuan...please....:) "

Tuesday, June 9, 2009

Iman; "kenapa kena kahwin?"

Sempena minggu-minggu cuti sekolah ini, banyak berlangsungnya majlis kenduri kahwin kan..?

Kenduri-kenduri kahwin yang banyak berlangsung ini menimbulkan pelbagai reaksi dari orang ramai. Kawan ku yang seorang ini memberi reaksi sebegini dan para komentar di posting ini memberi reaksi sebegitu;)

Reaksi aku? Tak perlu kot diberitahu di sini, biar aku simpan. Taaaapi, yang aku tak nak simpan ialah reaksi aku pada P.A system atau amplifier yang sering dipasang di kebanyakan kenduri kahwin sekarang ni:p Kuat gile dan agak memeningkan kepalaku! Nak bercakap dengan orang sebelah pun kene menjerit. Ditambah pula dengan aktiviti karaoke gaya bebas;p Parah;p Korang tak rasa ke macam tu ke? Subconsciously, aku rasa macam nak baling bom je dekat pembesar suara tu;p atau jerit pada DJ yang bertugas "Uuuiiii abang DJ oiii...tak boleh kuat lagi kerr..!!??";p ;p Subconscious saja;p

Tetapi, sebenarnya, bukan orang-orang dewasa saja yang memberi pelbagai reaksi terhadap kenduri-kenduri kahwin yang banyak berlangsung ini. Kanak-kanak pun kadang-kadang terkesan dengan 'kemeriahan' kenduri-kenduri ini, dan memberikan reaksi yang kadang-kadang agak "memeranjatkan";)

Ahmad Iman, 5 tahun, anak saudara aku, dibawa oleh ibu bapanya menghadiri kenduri kahwin dua minggu berturut-turut. Kalau campur hujung minggu ini, dah dikira tiga minggu. Dia ke kenduri kahwin Ayah Eji nya, nikah Pak Da nya dan minggu depan, kenduri Pak Da dan Pak Mir nya dilangsungkan sekali dalam satu majlis.

Reaksi Iman:

Sedang dia bermain-main permainan robotnya di depan tv sambil diperhatikan aku dan mak aku i.e opahnya, aku bertanya:

Aku: Iman, seronok ke pergi tengok Pak Da kawin?
Iman: Errm..seronok.
Opah: Iman, isteri Pak Da tu cantik tak? Dia fair ke, hitam ke macam opah? (;p)
Iman: Errmm...dia cantik. Dia...ermm.. brown.
Aku: Owhh..brown.. (ketawa;)

Tiba Iman bertanya soalan ini dengan penuh innocent;

Iman: Opah... Pasal pe kalau orang lelaki dewasa, kene kawin dengan isteri die?
Aku: (mengekek-ngekek ketawe;D Iman terkejut sekejap kenapa Dada ketawe. Lalu aku bagi alasan..) Owhh..tak..Dada gelak tengok bende kat tv tu...Ish kelakar betul la..;p
Opah: (Opah cuba menjawab dengan pantas) Owhh.. Orang lelaki dewase kawin dengan isteri die sebab die dah besar jadi kene la kawin... (Jawapan opah macam tak memuaskan hati;p Lalu aku cuba jawab)
Aku: Pak Da kawin dengan isteri die supaye nanti die ade family, ade keluarge..macam mama dengan abah. Bile die ade keluarge, die dapat anak..jadi, bila die ade anak, Iman boleh la ade ramai lagi 'sekupu' ('sepupu' dalam bahasa yang sebenar;p)
Iman: Owhhh....

Aku & Iman di kenduri Ayah Eji nya

Kan..? Siapa kata hanya orang dewasa saja yang agak "pening" di musim kenduri kahwin ni ;p



*^-^* Of Cats and Kucing *^-^*

↑ Grab this Headline Animator



Wednesday, June 3, 2009

"Breathe" by Anna Nalick

One thing I like about Grey's Anatomy is the set of meaningful songs that are played in the series. Personally, I think, some of these songs just beautify the episodes.

The song "Chasing Cars" by Snow Patrol, was played in this episode.
I think it makes the audience feel like crying together with Izzie.
The song is a brilliant song indeed. And the lyrics are so meaningful.

Another great song that I got from the series is a song entitled "Breathe" by Anna Nalick.
It was played for this episode. When I watched that episode, I can sense that the song played in the background is a beautiful song and it suited well, very very well with the scene.

But I only got to know the singer, the title and the full version of the song recently, through the short clip that NTV7 put up for the commercial of the fifth season of the series. You may watch the original video clip here.

And I've proven myself to be correct. The song "Breathe' is indeed a very very meaningful and beautiful song. Below are the lyrics:


"Breathe (2 AM)"

2 AM and she calls me 'cause I'm still awake,
"Can you help me unravel my latest mistake?,
I don't love him. Winter just wasn't my season"
Yeah we walk through the doors, so accusing their eyes
Like they have any right at all to criticize,
Hypocrites. You're all here for the very same reason

'Cause you can't jump the track, we're like cars on a cable
And life's like an hourglass, glued to the table
No one can find the rewind button, girl.
So cradle your head in your hands
And breathe... just breathe,
Oh breathe, just breathe

May he turned 21 on the base at Fort Bliss
"Just a day" he said down to the flask in his fist,
"Ain't been sober, since maybe October of last year."
Here in town you can tell he's been down for a while,
But, my God, it's so beautiful when the boy smiles,
Wanna hold him. Maybe I'll just sing about it.

Cause you can't jump the track, we're like cars on a cable,
And life's like an hourglass, glued to the table.
No one can find the rewind button, boys,
So cradle your head in your hands,
And breathe... just breathe,
Oh breathe, just breathe

There's a light at each end of this tunnel,
You shout 'cause you're just as far in as you'll ever be out
And these mistakes you've made, you'll just make them again
If you only try turning around.

2 AM and I'm still awake, writing a song
If I get it all down on paper, it's no longer inside of me,
Threatening the life it belongs to
And I feel like I'm naked in front of the crowd
Cause these words are my diary, screaming out loud
And I know that you'll use them, however you want to

But you can't jump the track, we're like cars on a cable,
And life's like an hourglass, glued to the table

No one can find the rewind button now
Sing it if you understand.

and breathe, just breathe

Oh breathe, just breathe,

Oh breathe, just breathe,

Oh breathe, just breathe.



The words and lines that I put in bold are those that I found as being very very beautifully written by Anna Nalick herself. They are not cliches. They are fresh, brilliant, beautiful and true metaphors as well as symbolisms of one parcel of life.

Honestly, I'm in love with this song. I could listen to it over and over and over again.
It somehow helps to remind me that yes, life can be rough at times and we can't turn back the hands of time. So, dear friends, when we are so caught up with things and happenings that make us a bit panicky and distraughted, the first thing that we need to do before we try to straighten things up, is to sit still for a while and breathe...and breathe...



*^-^* Of Cats and Kucing *^-^*

↑ Grab this Headline Animator



Monday, June 1, 2009

My short visit to Matric PJ

Ye, kawan-kawan, semalam saya ke Matrik UIA, PJ, atau sekarang dikenali sebagai Pusat Asasi a.k.a IIUM Centre for Foundation Studies (CFS).. Selepas 6 tahun saya tidak pernah ke sana.. Wuhuu! ;p



Antara perangai 'complicated' aku ialah, aku tak suka pergi semula ke tempat yang aku rasa mengingatkan aku pada "benda-benda bodoh" yang aku pernah buat, yang dah lepas lepas.Dan Matrik PJ ialah salah satu tempat yang aku tak suka pergi sebab aku malas nak teringat "benda-benda bodoh" yang pernah aku buat masa kat sana:p Mesti orang rasa pelik kan? Kuikui..Tak kisahlah:p Terimalah aku seadanya:p

Tapi, sekarang, dan semalam, aku dah rasa tak kisah dah sangat untuk pergi sana kerana...hmm maybe aku rasa sebab "benda-benda bodoh" tu dah lama dah pun jadi.. Dan lepas. Tak payah lah diingat-ingat. Kuikui:p Lagipun, disebabkan "benda bodoh" yang dah lepas lah kita jadi "pandai" sekarang kan..?;)

So, I went to Matric PJ.
As I passed the entrance and walked in front of UKC, the college situated near the football field (padang tempat kita kena berpanas berembun masa Taaruf Week dan kolej yang budak BEN duduk masa Ta'aruf Week, kalau korang masih ingat;) , I looked around and I smiled as I recalled the fears and uncertainties that I used to feel during my first few weeks there. Suddenly, this feeling of happiness, satisfaction, grateful and excitement came rushing into my heart and head all at the same time.. Entah, dia rasa macam, satu kepuasan hati.. sebab aku datang semula ke tempat pertama atau tempat mula-mula aku belajar selepas habis sekolah, sebagai seorang yang dah berjaya lepas dari situ, lepas dari Gombak, dah ada degree, dah merasa mendapat kerja yang aku idamkan dan sekarang sedang berusaha mendapatkan ijazah sarjana yang aku inginkan.. Alhamdulillah Ya Allah. Oh subconsciously, I felt like running to the field and shout "Aku dah habis Matrik dan dah dapat degree woiii!!! Wuuhhuuu!!";D Okay okay, saya agak dramatik sikit di sini. Budak Ben kann..can't help lah;p

Oh yes, you guys might be wondering, why did I go there. I went there cause I need to distribute survey questions to the lecturers in Celpad, PJ. They were going to have a departmental meeting so, my job was to pass the survey right before they went into the meeting room. Then, I waited until the meeting ended so that the surveys could be returned to me. Nasib baik lah meeting tu tak lama. Setengah jam. Jadi, selama setengah jam tu, aku duduk kat luar dan memerhatikan muka-muka innocent student matric;) Innocent in the sense muka agak baik-baik dan macam tak terusik sangat lagi dek 'perit, payah, pedih dan kejutan dunia'.. However, attire wise, mereka tidak secomot aku dulu-dulu ye..;p Mungkin sebab sekarang, budak matric tak payah dah pakai tudung putih (for sisters) dan kemeja putih (for brothers) setiap hari, kecuali hari Rabu.

Selesai urusan aku dengan pensyarah-pensyarah Celpad, aku pun saja meronda-ronda kawasan matrik tu, menuju ke tempat-tempat yang aku rasa mengingatkan aku pada zaman riang ria aku dulu;)

Korang ingat tak kelas Poetry 1 kita dengan Mdm Chua? Bangunan yang sekali dengan library.Ha..meeting tu diadakan dekat area tu. Hehe..aku tersenyum sorang-sorang bila teringat percubaan kita nak cabut lari bila Mdm Chua datang kelas agak lambat;p Paling kelakar, Fakhrul la.. Dia cabut lari, tapi last last terserempak jugak dengan Mdm Chua.. Tapi dia cuba jugak cabut... Kuikuikuikui!;D Pastu, last last kita datang jugak kelas... Masa tu, tak berani lagi la nak buat 'jahat' sangat;p

Kemudian, aku pergi sini:


Ini bangunan A&R kita dulu. Tapi sekarang bukan lagi pejabat A&R, tapi dah jadi department offices untuk courses. Tapi aku tak ingat course apa. Dulu, kat tengah-tengah tu kosong je. Ha..dulu, kat sini lah kita beratur nak ambil result exam.. korang ingat tak? kuikui;p

Kemudian aku lalu area ni:


Area kolej yang ada lif tu. Sebelah kiri tu UKC dan sebelah kanan tu ada CC. Yang aku ingat, kadang-kadang kalau bosan, aku, Yan, Dudy pergi CC tu waktu hujung minggu. Yelah, orang lain balik rumah:p Aku kagum, CC kat tepi tu masih beroperasi:)

Lepas tu, aku ke cafe yang dulu U Cafe;)
Aku beli air sambil memerhatikan cafe-cafe yang lain tu... Korang ingat tak cafe yang konon eksklusif tu..? Apa nama cafe tu? Aku tak ingat;p (Heh, nampak sangatlah dulu aku tak pergi ke cafe eksklusif tu;) Aku tak pasti la cafe tu masih dianggap ekslusif ke tak.. Tapi dari pandangan aku yang dah lama meninggalkan matrik dan dah jumpa tempat lebih eksklusif, cafe-cafe kat situ nampak sama je semuanya;p

Kemudian, aku rasa nak pergi melawat SMAWP.. Nak pergi sana dari cafe, kan kena menempuh "tangga keramat" nih..;p


Hehehe..aku teringat kisah-kisah tragis mereka mereka yang pernah terr..."salah langkah" dekat tangga nih;p Errr...sesiapa yang sedang baca ni, yang pernah ter"salah langkah" dekat tangga ni, sila angkat kedua-dua belah tangan anda..heh;p

So, aku sampai SMAWP..
Ni..SMAWP yang sebelah SMAWP 3.. SMAWP ape ha korang? SMAWP 2 eh? :p
Yang aku tau, ni venue kelas Arab aku dulu, both for level 2 and level 3. Arab level 2 kat ground floor yang sebelah kanan gambar tu. Arab level 3 kat level atas yang sebelah kiri. (To Ain, in case you're reading this, ko ingat tak kelas Arab kita?;) Kuikuikui...klaka la bila diingat-ingat balik;p




Ha..bawah ni SMAWP 3. Venue kelas English kat sini kat dulu kan, Ti? Tempat bertemunya kau dengan *tuttt*!;p Ishh..sungguh nostalgic;)



Then, aku jalan-jalan lagi ke sini:



Aku ke ZC!! Cafe ZC still meriah macam dulu. Aku ingat kalau tak ramai, aku nak makan-makan ringan sekejap kat situ. Tapi, since ramai mak bapak, cause diorang melawat anak-anak diorang yang baru mendaftar, aku tak jadi makan kat situ. So, aku decide, balik je lah.

Aku lalu AMF, tapi tak dapat la ambil gambar sebab ramai orang kat depan tu.

Nak balik, aku melalui jalan ini:



Jalan yang akan kita lalui tiap kali pergi dan balik dari pasar malam, 'param' dan tiap kali outing;) Hush..dulu-dulu, rasa macam jauh gila nak sampai kalau lalu jalan ni dari AMF. Tapi sekarang rasa dekat je;)

So, basically, dear freinds, Matric UIA is still the same. Nothing much has changed. The same building, the same landscape and the same 'aura'. Pelajar dan peraturan je la kot yang bertukar-tukar.

Sebaik saja aku melangkah keluar dari pintu pagar utama tu, aku tersenyum sorang-sorang sekali lagi;p Kali ni sebab aku teringatkan satu lagi "benda" yang ada kena mengena dengan kehidupan awal kita masa kat matrik ni.. Sejak tu, "benda" tu macam dah 'tersemat' permanently dekat otak kita. "Benda" tu dalam bentuk nyanyian. Korang ingat tak, kita disuruh (i.e dipaksa) menyanyikan satu nyanyian tu berulang-ulang-ulang-ulang-ulang kali selama sebulan Ta'aruf Week, sampai naik loya!!!;p Aku tau korang masih ingat nyanyian kita tu dulu;p (wakakaka!) Jadi, kawan-kawan! Mari kita nyanyi bersama...!! And 1, and 2, and .... "Sesegar...hijau daunan...Begitulah...kita diibaratkan..."
(;p ;p ;p Kuikui...Kan aku dah cakap, "benda" tu permanent;p)


*^-^* Of Cats and Kucing *^-^*

↑ Grab this Headline Animator



Wednesday, May 27, 2009

Desperate Housewives

Kanak-kanak memang suka bertanya soalan yang sama berulang-ulang kali kepada orang dewasa, baik kepada mak, ayah, opah, tok wan mahu pun mak saudara mereka;p Entahlah.. Mungkin itu salah satu cara mereka untuk dapatkan perhatian dan kasih sayang;p

Satu hari, Iman, anak saudara aku yang bermur 5 tahun, bertanya kepada aku, "Dada... (Ya, semua anak saudara aku memanggil aku 'Dada', ringkasan dari 'Syuhada'. Ketawalah kalau korang nak ketawa, sebab aku dah imun:p Sepatutnya mereka panggil Cik Da.. Tapi...aghh..panjang ceritanya. Entry ini bukan untuk cerita itu;p But I think 'Dada' sounds quite cute;p) Ok, jadi, Iman bertanya, "Dada, dada suke tengok kartun ape?"

Aku: Dada suke tengok cerite 'Teen Titans!' (FYI: dalam dunia fantasi Iman yang aku selalu layankan, bagi dia, watak kartun Robin dalam Teen Titans ialah Iman! Dan aku, aku adalah Raven;p Cool....)
Iman: Errm...lagi?
Aku: Lagi? Dada suka tengok 'Postman Pat'
Iman: Lagi?
Aku: Dada suka tengok.. 'Wonder Pets'!
Iman: Wonder pets?! Iman pun suka tengok 'Wonder Pets'! (Iman teruja kerana mak saudaranya yang berumur 26 tahun ini, suka menonton rancangan kartun yang dia suka;p) Errrrmmm..lagi? Dada suka tengok kartun ape?
Aku: (Menahan sabar;p) Errmmm..lagi...Dada suka tengok cerite 'Little Einstein'..
Iman: Lagi?
Aku: (Dalam hati, "ehh ehh budak ni...jenuh la aku:p) Lagi ehhh....lagi...Dada suke tengok 'Handy Manny', 'My friends Tigger and Pooh', 'Mickey Mouse Club House'....
Iman: Lagi..lagi..Kartun ape lagi?
Aku: (Eh...si kecik nih...jenuh la kalau macam ni..:p) Lagi? Lagi? Lagi....Dada suka tengok 'DESPERATE HOUSEWIVES'! (aku berkata sambil bangun dan berjalan..dengan harapan dia takkan bertanya lagi;p)
Iman: Ha? Oh Dada suke tengok Des...des... (Iman terkial-kial sebab tak tahu untuk menyebut perkataan Desperate;p)
Aku: Ha..tau tak citer Desperate Housewives? (aku memandang dia sambil tersenyum)
Iman: Tak.............. (Senyap untuk beberapa saat) Ha! Lagi lagi...Dada suke tengok cerite kartun ape?
Aku: (Adui...sabar je la...macam nih sampai bila pun tak habis:p)

Intipati penting di sini ialah, aku suka tengok Desperate Housewives;p (Tentang Iman dan perangai suka bertanya soalan yang sama tu sekadar 'bunga-bunga' sahaja..kuikui;p). Aku mula terpengaruh melayan DH semenjak duduk satu rumah dengan Ita dan Amilin. Inilah yang dikatakan pengaruh rakan sebaya;p

Intipati lagi penting di sini ialah....Aku dah tonton sampai habis Desperate Housewives season 5!!! (Yeay!!). I owe this excitement to the technology called Torrent, Isohunt and Flashget;p (Wuhuu!) Ini bermakna, aku dah tahu apa jadi pada Dave, Mike, Susan dan yang lain-lain! ;p Jadi, kepada kawan-kawan yang mengikuti, meminati siri ini dan mahukan copy season 5, kalau korang tak nak download sendiri dari internet, korang juga boleh dapatkan siri ini dari aku;) Bagi mereka yang duduk berdekatan, anda boleh datang sendiri ke bilik saya di Saffiyah;p Bagi mereka yang agak berjauhan seperti di Ipoh, bersabarlah sehingga saya pulang ke Ipoh;) (Aku memang dah dapat satu tempahan dah pun dari Ipoh..hehe;p)

Tapi, secara peribadi, aku rasa season 5 ni dah kurang sikit debarannya la. Aku rasa, season 4 haritu lagi mendebarkan;p Especially the ending. Sebab kan..ending kali ni, Susan pergi *tut!!*, ada ke patut Mike pulak *tuttt*, Dave tu pulak jadi *tuttt*. Ha...yang Gaby dan Carlos pulak buat keputusan untuk *tutttt*. Lynete dengan Tom kesian jugak, sebab diorang *tutt*! Haisshh..Bree pun buat hal dengan *tuttt*! Dan Katherine...hmm..tak faham la dia tu sebab dia *tuttttttttttt*! (kihkihkihkih;p Ita...jangan marah;p)

Jadi, saya ulang, sesiapa yang hendakkan copy siri ni dari saya, silalah hubungi saya melalui cara yang mudah bagi anda:) Sekian, terima kasih:)


*^-^* Of Cats and Kucing *^-^*

↑ Grab this Headline Animator



Monday, May 25, 2009

26 on the 26th.

26th of May...

It's the time of the year when I will usually spend some quiet moments reflecting on life. Reflecting on the past. The time that I've wasted, the love which stays neglected, the people and things that are being left unappreciated, the hearts which I've broken, the rules which have been broken, the unanswered life's questions, the battles that I've lost and the many many sins that I've committed.. On this day, I'll also be wondering on what will my future be. What are the obstacles that await me, how will my life be and how will it end.

I guess, that's why I'm usually not that all excited and excessively happy every time that day arrives. For the truth is, that day will always remind me of the things or events that somehow, sometimes frighten me.

This year, I'll be exactly 26 on the 26th of May 2009.
And I'll still be reflecting and contemplating about life on that day. But this time, I can sense that 26th May will also allude me to the fact that we, men will never know what will come our way and we may not have the capability to control some things in life. I think, I'm beginning to become more frightened of the reality of life. It's true that I have already tasted some bitterness throughout these 26 years but that's not the end of it. On that day and date, I will be wondering, what sort of bitterness will I be tasting next, in future and will I ever survive.

But above all, I should be thankful to God the Almighty. Alhamdulillah. At least I've reached this point of age. And I realized, He may have tested us where it hurts the most, but that is His way of showing us His love, reminding us of our mistakes and telling us that life is a struggle. Only those who are loyal to Him and those who are strong within will survive.

At this age, He may have taken back few of the things that He has bestowed upon me, but that should not be made the reason for disobeying Him. I should know by now that life, is full of wisdom. And no matter how tough I believe things are and will be, at least I still have families and friends. My 26 years of life will be meaningless without these people.

Despite all these fears, gratitude and mix feelings, 26th of May will still come. I, obviously, do not have the power to stop it from coming. But perhaps and maybe I could beseech from it something that could help to alleviate these worries and uncertainties. Something that I've always hoped for. So, let me just try..

Dear May 26th and the years to come,
Please be gentle on me. For I fear the unexpected. And I long for a blessed, blissful and content life.. I long for a blessed, blissful and content life..



*^-^* Of Cats and Kucing *^-^*

↑ Grab this Headline Animator



Friday, May 22, 2009

While I'm reading about statistics (yawnnn..)

(I have other more IMPORTANT things to do actually. I have to read and try to understand facts on data analysis, statistical analysis, descriptive statistical analysis, inferential statistics and oh simply everything about statistical data analysis which made me feel bored and sleepy...[yawnning....]

So, I thought, hey..let me "entertain" myself for a while by reading the blogs and responses on the most recent "decision" on the "hot issue" of the "silver territory"!;p Ya..why not..

So, I surfed...and read...and surfed...and read...and observed...and witnessed... Then, I realized, what I was doing was not something entertaining.... Sebaliknya, tambah geram lagi ada. Hishhh..

Jadi, di sini nak lepas geram sikit, yang agak dah lama disimpan, tentang beberapa isu.)

Sudah sudah lah dengan isu "tanah" yang diberikan kepada kaum selain kaum m.i.m. tu. Diorang tu baru setakat diberi hak ke atas satu dua je kot "kawasan tanah" tu pun. Macam la tak ada "tanah" lain yang kaum m.i.m ni boleh dapatkan. Belambak lagi. Dan macam la kaum m.i.m tu selama ni tak pernah dapat berlambak-lambak "tanah" atau dibiar hidup dalam kesengsaraan atau kebuluran...selama 11 purnama tu. Tak kann? Jadi, apa masalah sekarang ni? Lagi geli hati ialah, bukan selama ini, kaum m.i.m ni juga ke yang bila dapat tanah, kalau malas nak usaha, jual dekat kaum lain jugak kan...? Tak pertikai pulak. Dah la, tak puas hati juga, sila ke sini.

Sudah sudah lah asyik membangkitkan hal yang selama 11 purnama tu, tak ada sebarang kemajuan, pembangunan, perubahan dan kebajikan LANGSUNG yang berlaku di "silver territory" itu. Aduhhh...kome nak ape yeop, yong..? Nak satu lagi KLCC tertegak dan tersergam indah depan ghumah kome dalam satu malam aje ke baru kome nak kata ada kemajuan, pembangunan, perubahan dan kebajikan? Percayalah, KLCC tu bukan "petanda" satu kemajuan, apatah lagi kebajikan. Nak satu lagi litar F1 macam kat Sepang tu kat belakang rumah ke, baru nak percaya adanya perubahan?

Ok, jadi 'verdict' terbaru menyebelahi pihak ber"bendera biru". Jadi, salah ke pihak ber"bendera hijau" hendak membuat 'appeal'? Biarlah. Ini, orang tu nak buat 'appeal' pun korang kata dia macam-macam. Tak bersyukurlah, tak terima qada' dan qadar lah, tak terima takdir Tuhan lah. Hishh..mengarut. 'Verdict' sebelum ini yang tak meyebelahi si"bendera biru", dia buat 'appeal', korang tak kata dan sama kan pulak dia dengan sifat-sifat tak bersyukur, tak terima qada' dan qadar atau tak terima takdir Tuhan? Awat nya tak sama pulak? Bukan lebih kughang sama ka..?

Dah la.. 'Kelian-kelian' semua, tak payah nak "suruh orang lain muhasabah". 'Kelian' pun kene sama muhasabah. Malah lebih banyak lagi. Sebab apa? Sebabnya, biar aku kiaskan begini saja. Ada di kalangan 'kelian' yang sudah tahu, nampak malah merasa bahawa ada yang 'busuk' dan 'buruk' tentang 'clan' kebanggaan 'kelian' itu. Tapi mereka tidak melarang, tidak membenci, tidak malu dan tidak rasa bersalah, malah terus bersepakat menyokong buat tak tahu. Oh, dan aku 'tak ketuk-ketuk tin kosong'. Siapa yang faham, faham lah. Siapa yang tidak, bagus juga:p

(I published my post, edited here and there a bit and continued my 'statistical' reading.... Ha...segar sikit dah...;p lalalala..)


*^-^* Of Cats and Kucing *^-^*

↑ Grab this Headline Animator



Another bad news

Headline of the day:
"Hakim: Zambry Mb Sah Perak"

Oh shoot!
There you have it..another bad news...
Haiii...baru nak cari sumber nak rasa gembira sikit, dah macam tu pulak keputusannya..
Teman nak buat macam mane..Sabo je le... :(


p/s: I bet my dad is smiling now... biasa la, pendirian ORANG-ORANG TUA yang DAH PENCEN. Golongan ni saja la pun yang masih MENYOKONG dan tersenyum dengan keputusan hari ini. Fuhhh..nasib baik aku tak ada di rumah waktu-waktu macam ni..kuikui.




*^-^* Of Cats and Kucing *^-^*

↑ Grab this Headline Animator



Thursday, May 21, 2009

I need good news, good things..please

Good news or good things that happen to us will always make us feel happy. No doubt! They will make us feel that there are still good reasons for us to wake up every morning, do our work every day and go on with our episodes of life. They will make us feel motivated and hopeful. In short, to be receiving good news or to be having good things to happen to us is indeed a wonderful feeling...

These past few days, some of my friends have been receiving good news and good things about their lives..

Yudi has sent his 10-page proposal and it is currently being viewed and reviewed and reviewed by Dr. Zahariah, his supervisor. Though he said that there are still some changes and editing to be made..but hey, at least he has started doing it, he already has a supervisor and he can now concentrate on doing the real thesis.

[Huhu...aku jeles..:p]

Khairee has gotten a PTD job. She's very very happy. I'm happy for her too:) She has been trying her best to get the job and finally, after several tough interviews and after one year, she has finally gotten the job. Yeay!

[Huhu...aku nanti macam mane eh.. Nak keje mane..]

Lan and few of his friends, including Bawang got a part time teaching job at TAR College, the college that I've been thinking of teaching part time. I think they are so lucky for having the opportunity to teach there because, one, the payment is waaay better than c*lp*d ;p , two, I heard that the teaching schedule is more fixed not like c*lp*d ;p and finally, because the college is quite near to uia.

[Huhu..Nak kerja jugak tapi tak boleh..]

These are some good news and good things that happen to my friends. But as for me, it's the other way round. No good news, no good things. Unlucky for me, lately, I've been receiving and encountering not-so-good news and happenings instead...huhu

First and foremost, PROPOSAL TAK SIAP LAGI!!!! Huhuhuhu.... Yudi dah siap, tapi aku masih terkial-kial nak buat setakat 3-page DRAFT proposal... Huhuhuhu...

Secondly, I LOVE the topic that I've chosen. I'm so into it. It has to do with "humanistic language teaching". But the thing is, I don't think the panels in DEL will favor my topic that much. Cause it has not been explored widely and it's not so popular. But I think that should be a very good reason why I need to do on that topic. I want to explore it. I have collected a lot of necessary articles, books and theses on the topic. They have proven that this topic is worth it. Huhu..tapi, dekat sini aku berani la cakap macam ni...cuba kalau depan panel-panel tu nanti..huhu. Terdiam.

Thirdly..oh.. Sebab yang ketiga ni, aku tak boleh jelaskan panjang-panjang sangat di sini. Bahaya. Cukuplah setakat aku luahkan dalam satu ayat ini, "Aku tak suka buat benda yang aku tak suka". Cukup. :p

Fourthly, I'm not using Kelisa anymore, I'm now using my own actual car, a black wira a.k.a my HERO;p I love my car, "I love you Hero;p , don't get me wrong". But there are some small small damages to Hero that could cost me big big amount of money. Alarm tak berfungsi, getah wiper dah tak efektif, minyak hitam nak kena tukar dan air-cond macam ada yang tak kena. Mungkin, tak la mahal sampai RM300 lebih. Tapi, untuk aku yang kerja tak menentu ni, RM50 tu pun kire banyak tau..huhu.

Fifth, I need to teach next semester. I seriously need to teach. Selain sebab aku sangat-sangat rindu nak mengajar, I have this feeling that ever since I've stopped teaching, my English is getting worse. I stutter a lot (tambah bila depan Prof Quayum, Dr. Zahariah, Dr. Nora, Dr. Haja, Dr. Hare, Dr. Normala, Kak Husna and all the great people at DEL;p heh..dasar inferior;p) and I dont have the usual flair in writing anymore. Whether it's writing my assignments, this blog or any other writing task. (Alah tapi..kalo mengajar pun, tak la bagus sangat sangat hasil kerja tulisan aku..huh) So I need to teach. Jadi, aku aim untuk mengajar kat Tar kolej sebab aku ingatkan semester baru diorang ialah di bulan 7. Tapi sayangnya, sem baru diorang ialah di bulan 10! Takkan aku nak tunggu sikit punya lama... So sekarang, aku 'confuse'..aku nak mengajar kat mana sem depan nih..huhu (tulah...orang suruh mengajar kat c*lp*d tak nak...kuikuikui)

And sixth, my mind is being bothered by some other not-so-good news and things in my life that I don't have to mention here. Life is just very tough these days.. (sigh..)

All in all, receiving good news and good things are good for us. It will make us believe that there's a good reason to smile and to be satisfied. However, not receiving any good news or good things for quite awhile and keep on encountering not-so-good news and things in life instead will . make . you . feel . sad . huhuhuhuhu.. (Or perhaps, I'm just being too emotional here..huh)

Oh please Dear God, I need good news, good things..something good. Amin..

Gambar hiasan:




p/s: Errmm..Korang rasa, rugi tak aku terlepas workshop kat atas tu..? :p



*^-^* Of Cats and Kucing *^-^*

↑ Grab this Headline Animator



Monday, May 18, 2009

Weirdo!

(I'm practically yawning while typing this...huhu. But I don't care. Need to type this and tell you guys this rather strange and weird thing that happened to me)

Kisahnya bermula begini.
Semenjak menyambung semula M.A di uia ni, aku memang selalu menjadi tempat orang tumpang bertanya tentang arah atau tempat-tempat dalam uia. Di mana letaknya library, banguanan admin, cafe dan kolej adalah antara soalan yang pernah ditanya orang kepada aku. Kebanyakan orang-orang ini, adalah orang luar. Seingat aku, masa aku degree dulu, agak jarang orang datang bertanya pada aku pasal arah atau tempat dalam uia ni. Mungkin, kali ni, aku selalu jadi tempat bertanya sebab sekarang aku duduk Safiyyah, kolej yang paling dekat dengan bahagian hadapan uia. Memang pun kebanyakan kejadian tanya-menanya ni berlaku bila aku lalu the main staircase atau dekat bangunan admin yang bahagian depan tu, sama ada masa nak pergi kelas atau nak balik ke Safiyyah.

Khamis lepas, depan main staircase tu, aku jadi tempat bertanya lagi. Waktu tu dalam pukul 2.30 pm. Satu kereta Rusa berwarna putih memperlahankan kereta untuk mendapatkan aku. Seorang budak perempuan (BP) bermuka agak innocent yang agaknya lebih kurang umur awal 20 an macam tu, turun dari kereta tu dan terus dapatkan aku, bertanya:

BP: Nak tumpang tanye, kat mane eh restoran luar uia yang paling dekat sekali?
Aku: (Memandangkan aku dah selalu sangat menjadi tempat orang bertanya, aku pun tak kisah bila BP tu bertanya. Aku jawab dengan ikhlas hati, tanpa ada rasa syak apa-apa). Restoran luar uia? Owh...okay...keluar entrance ni, belok kanan, then you go straight... Straight aje sampai you akan nampak kedai makan sebelah kiri..
BP: Errr...susah tak nak cari? (Muka BP macam muka kurang pasti)
Aku: Tak susahla...senang je.. (Then, I repeated the same instruction to show the direction)
BP: Owhhh...errmmm...boleh mintak no phone tak? Sebab takut sesat la...
Aku: (Tanpa aku sedari, I practically rolled my eyes in front of her. Tapi dia tak sedar kot. I rolled my eyes bukan sebab apa...sebab aku rasa macam budak-budak ni sangat 'budak-budak'. [oh anyway, ada dua orang budak;seorang yg BP dan seorang lagi BP driver]. Aku rasa macam, diorang ni, itu pun takut sesat.. 'budak-budak' gile. Lalu, dengan berfikiran macam tu, aku pun dengan senang hati bagi no aku. Aku tak terfikir pulak benda-benda lain yang bukan-bukan akan terjadi ke) Ha..ambik la...019-bla bla bla...
BP: Okay... ermmm. Name ape eh?
Aku: (Still, I didn't feel suspicious at all. Aku just rasa, 'la...budak-budak ni...tak payah la letak name aku...letak je la name ape2 pun...'Budak' habis nih') Err.. Farah.
BP: Okay...bukan ape, takut sesat nanti..boleh call..
Aku: Alah...tak sesatnye...tak payah risau...depan tu je...
BP: Owh okay...anyway, thanks ye..
Aku: Welcome. (Aku senyum dan terus berlalu dari situ. BP pun terus masuk kereta dia)

Dalam setengah jam kemudian, aku dapat mesej yang berbunyi lebih kurang macam ni "Farah, thanx eh. Dah jumpe gerai tu, tp xde mknn. Jadi,kitorg mkn kt area kl. anyway, nice to meet u. sy 'bla bla bla' dr u*m ba**i".

After reading the sms, again, I rolled my eyes:p I was like, 'hello dik, you don't have to inform me anything. It's up to you to eat where ever you desire.. Bukannye aku nak kecik hati ke..aku tak kisah langsung'... But, just to be nice to these two BPs whom I thought were so 'budak-budak', aku jawab sms tu, "Oh ok, nice 2 meet u 2". And I thought it ended there...but no...

The next day, in the morning, I received another sms from BP which sounded something like this, "Slm farah, awk free x ahad ni? Nk ajak mkn sate kat area uia tu..name kedai tu sri indah ke ape..jom?". And I was like "Hishhhhhh! Gile ke ape budak-budak nih? Okay...this is weird... seriously!". Dahi aku dah mula berkedut seribu. Waktu tu, aku dah mula fikir macam-macam. Risau aku doh.. Apa hal budak-budak ni? Gila lah...baru jumpa aku sekejap, tak sampai 5 minit, dah nak ajak aku makan-makan sama-sama... Hishh! Scary doh. I mean, this is weird. Dalam kepala aku, mulalah mereka-reka ayat 'merepek' nak jawab sms tu:

-"Sorry. Not interested."
-"Sorry. What ever you're selling, I'm not buying."
- "Errr...are you carzy or something?"
-"I don't go out with strangers."
-"I don't entertain people like you"

Tapi, akhirnya, aku tak jawab pun sms tu. Sebab aku tahu, benda macam tu, kalau dilayan, panjang ceritanya nanti. So, I didn't say yes or no and didn't reply. Hairan jugak. I thought to myself, is this a new strategy of the multi-level marketting? Or is this some kind of a prank for a new tv show that I'm not aware of? Is this some kind of surprise for my birthday? (hint hint;p) Tapi hari jadi aku lagi 2 minggu macam tu (wink!;p). Is this some kind of a syndicate? Hish..pelik. Tapi, terselit jugak di hati kecil aku ni, entah-entah, BP tu tak ada sebarang niat terselindung pun. Entah-entah, dia memang nak berkawan. Hishh..tapi, ini masih dikira kes pelik. Realistically speaking, mana ada orang yang buat macam tu tanpa niat terselindung, kan? Kalau dia nak berkawan pun dengan budak uia, dia boleh sentiasa gunakan Facebook ke, Friendster ke. Ha...berkawan la sepuas-puasnya dengan budak U mana pun. Apa-apa pun, aku takkan pergi jumpa dia. Daripada aku luangkan masa jumpa dia yang aku tak kenal langsung tu, beribu-ribu kali lebih baik lagi kalau aku luang masa with my girlfriends. Kan korang kan?;) Lagipun, aku balik Ipoh. Tak kuasa la pulak la nak pergi jumpa dia.

Okay, so, I thought, that's the end of it. But nooooo.... Saturday morning, BP called me once. I didn't answer her call. Makin pelik ni.

On Sunday, this morning, she called me again, twice! Okayyy...these people are weirdos! I mean, seriously...it's as if BP insisted on me to answer the phone and I imagined that she would try to pursue me to meet her. Hishhh. Bila aku tak angkat tu, paham-paham je lah. Seriusly, scary ok!

So far, that's the last time I've heard of her. Hopefully, that's it. Takut jugak kalau lepas ni, BP cuba hubungi aku guna nombor lain ke. Hishh. Tak suka la benda-benda pelik macam ni.

Sekarang, aku mula rasa menyesal bagi phone number aku pada BP tu. Aku bukan jenis yang akan bagi nombor aku kat orang yang aku tak kenal. Tapi, waktu tu, aku ingatkan budak-budak tu memang betul-betul nak minta tolong. Aku pun bagi nombor tu dengan niat ikhlas untuk menolong. Takut jugak, kalau dia buat apa-apa ke dengan nombor tu. Hmm. Tolonglah..nau'zubillah.

Jadi, kawan-kawan, korang berhati-hati lepas ni. Apa yang dah jadi pada aku ni, buat pengajaran. We need to be extra careful and extra suspicious to people these days. Walaupun, siapa tahu, mungkin niat BP memang baik, tapi apa yang dia buat tu sangat luar dari kebiasaan. Kita perlu berhati-hati dengan perkara-perkara yang luar dari kebiasaan ni.

In the end, I realized that those two girls are not that "budak-budak" at all. Cleverly, they made use of my trust as well as my innocence and they managed to somehow 'trick' me. I guess, compared to them, I'm the one who's more "budak-budak" now... huhu.


*^-^* Of Cats and Kucing *^-^*

↑ Grab this Headline Animator



Create your own banner at mybannermaker.com!
Make your own banner at MyBannerMaker.com!


Create your own banner at mybannermaker.com!
Make your own banner at MyBannerMaker.com!

Thursday, May 14, 2009

My shaky hands

(I wanted to write about something else actually..particularly about Perak;) But then, I believe I need to write about this first. I guess this is more urgent to be "poured out" here:p)

Situasi 1.
Masa: Lebih kurang 5,6 tahun lalu.
Lokasi: Kelas Menjahit, Pusat Kemas Tmn Meru, Ipoh

Sedang aku memegang gunting dan memotong kain di depan cikgu-cikgu KEMAS, tiba seorang cikgu nampak tangan aku yang menggeletar nak memotong kain. Lalu, cikgu tu pun menegur dan disambut dengan teguran cikgu lain, yang berbunyi lebih kurang begini:

Cikgu A: Haiiii...nak motong kain pon menggeletor ker... Haiiiishhh...
Cikgu B: La..tak payoh menggeletor-meggeletor...potong jerrr...
Aku:
Errrr....(berfikir laju sambil mencari alasan)...tak...ghiso nak potong kain ni..

Cikgu A:
Tak payoh takot-takot...potong aje..


Hm. Mesti cikgu tu ingat aku ni anak murid yang tak efisien kan?;p


Situasi 2.

Masa: Lebih kurang 2 tahun yang lepas.
Lokasi: Kaunter Tabung Haji, Ipoh, Perak.

Sedang aku menunggu pegawai lelaki di tabung haji tu untuk ambil cap jari aku. (Dah nama pegawai kat Tabung Haji kan..aku akui la muka dia agak kudus gitu..tapi takde la pulak aku teruja pulak tengok dia:p )

Pegawai: Okay cik, mintak ibu jari kiri ye..
Aku:
(Menghulur ibu jari kiri dengan 'obedient' nye)

Pegawai:
Cik..apesal tangan sampai menggeletar ni..tak payah takut-takut..

Aku:
(Rasa macam nak tarik-tarik rambut! EEEeeee...apehal aku nak takut-takut! Mintak cap ibu jari je pun!) Errrrrr.....tak...tak takut (Cuba mengawal geram). Ni dah pukul 3. Saye tak makan lunch lagi..(alasan lagi..padehal aku dah kenyang makan lunch dengan ita dan m'lin;p)

Pegawai:
Ohhh...kesiannye...Takpe, lepas ni pergi makan ye... (Sambil senyum)


Aku rasa, entah-entah, pegawai tu masih ingat yang aku 'nervous' cause dia good looking...:p


Situasi 3
Masa: Pukul 10.30 pagi tadi
Lokasi: Bilik lecturer CELPAD

Aku sedang menyebarkan kertas-kertas questionnaire untuk dijawab oleh semua pensyarah English dari satu bilik ke satu bilik. Aku pergi dan mengetuk pintu dari satu bilik ke satu bilik. Setiap pensyarah yang mendapat satu kertas survey, diberi peluang memilih satu pen daripada banyak banyak pen yang diletakkan di dalam karung kecil. Ini sebagai tanda terima kasih kerana menjawab survey tersebut. Tiba di sebuah bilik seorang pensyarah ni, aku pun menerangkan tujuan aku. Dia faham. And he's quite nice. Kemudian aku pun menghulurkan karung berisi pen kepada dia, untuk dia memilih warna pen yang dia suka:

Aku: And, you may choose the colour that you like..
Pensyarah:
Ohh..thank you.. Ok..hold on..let me choose...hmmm

Aku:
(Masih memegang karung pen. Dan disebabkan tangan aku shaking sikit, maka karung itu pun turut shaking:p)

Pensyarah:
Hmmm..why are your hands shaking?

Aku:
(menjawab dengan pantas untuk mengelak persepsi lain dan bukan-bukan) Erm. Probably because I haven't had my breakfast. (Senyum)

Pensyarah:
Owhh..ye ke.. pity you.. So how do you want me to return this questionnaire?

Aku:
It's up to you.. If you want me to wait, I'll wait..or if you want me to come back later, I'll come back later..

Pensyarah:
Okay...I'll tell you what. You go and have your breakfast first, okay.. Then, you come back and pick this from the box outside.. Okay?

Aku:
Okay..thank you. (Senyum)



Kan? He's nice. Aku keluar dari bilik dia sambil memikirkan mana aku nak 'pretend' to have breakfast..sebab aku sebenarnya puasa;p Kalau aku tak puase tu, boleh la jugak aku lepak makan jap;p


Kisah yang benarnya, tangan aku menggeletar, shaking or a bit jittery ke apa ke bukan sebab aku nervous nak potong kain, bukan sebab aku 'berdebar' berdepan dengan muka kudus pegawai Tabung Haji tu and bukan juga sebab aku lapar!

Fakta yang paling benar ialah, tangan aku jadi macam tu sebab doktor kata adrenalin dalam badan aku dirembeskan (wahh..dah lama tak guna perkataan 'dirembeskan';p) lebih sedikit dari normal dan dari orang lain. Badan aku sentiasa menghasilkan sedikit adrenalin walaupun ketika keadaan yang aku tak rasa cemas, takut atau panik. Thus, tangan aku memang sentiasa shaking, meggeletar, jittery or what ever that you wanna call it. Tapi sikit je la..Tak ketara pun. Kalau tak perhati betul-betul, tak perasan sangat pun. Cuma, ia akan nampak ketara sikit when ever I'm holding something. This thing actually runs in the family. My late grandpa had it. My Along pun sama. Entah...genetic kot. Tapi Angah dengan Dayat takde. Kalau Dayat ade, payah..;p

The truth is, aku kadang tak larat bila orang ingat aku nervous sedangkan aku tak nervous. Aku tak takut, tapi orang ingat aku takut. Tapi, aku jugak tak larat and tak kuasa la kan nak explain kat orang bila tiap kali diorang tanya, kenapa tangan aku menggeletar. Bayangkan, takkan la aku nak explain kat cikgu-cikgu KEMAS tu "Owhh...tangan saye ni menggeletor bukan pase ape cik'egu...Badan saye ni akan merembeskan adrenalin yang lebih dari normal dan lebih dari oghang lain...Itu pase lerr..." Hishh...mesti diorang ingat aku mengarut. So, itu yang balik-balik, aku buat la alasan-alasan lain.

Kat atas tu, hanya 3 situasi contoh saja. Ada banyak lagi sebenarnya kejadian-kejadian orang tanya kenapa tangan aku menggeletar. Ada yang ingat aku ade parkinson:p HISHHHH...nauzubillah. Tu yang aku kadang geram jer... Habis tu ape, aku perlu bawak sepanduk bertulis "Saya makhluk istimewa; tangan saya sentiasa menggeletar kerana adrenalin dalam badan saya lebih dari orang lain"...? Atau aku perlu pakai name tag "My hands are always shaky cause I have extra adrenaline in my body"..? Hishhh..Memang merepek. Tapi, percayalah, itulah aku rasa nak buat tiap kali orang tanya, kenapa tangan aku macam tu..huhu.

But don't get me wrong, I still love my hands:) I accept them as who they are;) Sian tau diorang...;) Tangan adalah antara anugerah Tuhan yang bermakna:) And I also accept the fact that this so called extra adrenaline has become part of who I am;) Cumanya, macam aku cakap kat atas, aku tak larat bila orang assume benda-benda yang tak sepatutnya.

Clearly, the posting of this entry doesn't help me to solve the problem of how annoyed and infuriated I sometimes become when ever people ask me WHYYY my hands are shaking:p Tapi saja lah...nak mengadu;p huhu. Hehe..lepas ni, kalau korang perasan ada orang yang tangan dia shaky jer, korang nak tahu apa dia rasa masa tu, jangan tengok tangan dia saja ye..tengok expression muka dia sekali;p Sekian terima kasih;)